Tuesday, September 30, 2008

Menyahut Syawal

Perghh.. Dah lama bebenor tak update blog. Hehehe..

Di kesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan, zahir dan batin kalau ada salah dan silap ;)
Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Aidilfitri kali ni sememangnya membawa seribu satu kelainan. Tanpa kehadiran Tok Mat, yang pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya minggu lepas menitipkan kerinduan terutama di pagi Syawal. Kami rindu laungan takbirnya.

Dan ayah, yang terpaksa bekerja di hari raya semoga kuat dan tabah ;) InsyaAllah dapat bersama di hari kedua nanti.

Sayang untuk meninggalkan Ramadhan, tetapi Syawal harus diberi laluan. Itulah pusingan yang memang harus diterima. Semoga apa jua amalan diterima olehNya. Amin.

Sambutlah Syawal dengan hati yang redha dan penuhinya dengan kegembiraan dan peringatan. InsyaAllah..


Selingan sekejap:
Aku di bumi yang nyata, dan dia di atas kayangan. Akan bertemu jua?
Kerja Tuhan siapa yang tahu :)

Thursday, August 28, 2008

Alhamdulillah


Alhamdulillah by Opick feat Amanda

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasanNya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya

Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah Wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah Wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah sebuah perbedaan

Download here :)

Friday, August 22, 2008

Deney @ UTP



Anatomy of the car? Hahhaha lain bebenor laa dengan buku belajar aku.. Iskkk :P

Oh adik saya busy banget. Kakaknye ditinggalkan sorg2 dalam bilik. Ngaa~

Wednesday, August 20, 2008

Sunathon @ Bachok, Kelantan








Alhamdulillah, usai sudah program Sunathon @ Bachok, Kelantan dan Perhimpunan Perdana PPIM 2008.

Memang sangat-sangat best laa sunathon kali ni sebab penyertaan pun ramai dan yang menariknya kali ni dah tak guna cautery or dorsal slit, kali ni kitaorg guna SmartKlamp. Less bleeding, less pain. Takyah jahit pun. Hehehe.. Tapi err agak membosankan jugak laa.. Hahaha.. Alhamdulillah seramai 200 org berjaya disunatkan. Quite ramai laa kan? :D

Kali ni pun ramai jugak jumpe kawan-kawan yang dah lama tak bersua muka. Esp kawan-kawan kat UIA. Jumpe Fatimah, classmate kelas Arab, Liyana member yang selalu gi kelas sama-sama, Putri classmate kelas English dan Mariam. Huu ramai lagiklaa.. Seronok bila ada orang ingat lagi kat kite walaupun dah lebih kurang 5 tahun tak jumpe.

Dan sunathon kali ni jugak tak banyak pun amek gambar. Mungkin sebab nak lebih fokus kat sunathon. Huuu..

Lepas je abis sunathon, kitaorg gerak ke Pulau Perhentian. Sangat-sangat cantek! Nanti nak pergi lagik laaa.. Tak sempat nak bersnorkeling pun :( Tapi sempat kayak sejam. Cukup laa kan. Hehehe..

Tujuan Perhimpunan Perdana PPIM 2008 kat Perhentian tu sebenarnya untuk menubuhkan satu Sekretariat PPIM Student Chapter. Dan visi untuk sekretariat ni ialah; "Coordination, Communication, Collaboration". Sekretariat ni lebih kurang sebagai medium untuk PPIM semua universiti berhubung antara satu sama lain. Lebih kurang macam tu laa.. Seronok bila dengar Prof Latif bercakap pasal pembangunan ummah ni. Rasa macam berkobar-kobar. Hehehe.. Dan secara tiba-tiba teringat kat artikel dalam ILuvISLAM.com tu.. Do We Walk The Talk? :P Dushh terkena batang hidung sendiri. Adei~

Sebenarnya banyak jugak benda yang berlaku sepanjang program ni. Tapi tak payah laa nak tulis luahan rasa kat sini pulak. Biarlah simpan jer.. Yang penting, dapat satu pengajaran, ie "Orang yang kuat ialah orang yang tahan sabar dan kemarahan".

Haihshh.. Tak seronok kan kalo asyik marah-marah jer.. Kan Yan? Thehehhee~

Oh yee malam tadi err tersesat ke satu majlis. Ini semua salah Faiz. Malam tadi tersesat gih dinner untuk Gabungan Mahasiswa Terengganu Eropah Timur (GAMTET). Dinner tu sebenarnya untuk anak-anak Terengganu yang pergi belajar kat oversea. Erkk.. Gile sesat! Hahaha.. Takpe asalkan dapat dinner free! :P

Esok ke IPOH! YEay! :P

Tuesday, August 12, 2008

GP posting saya

Hari ni dah 3 hari saya ber GP posting dengan Dr. Nor Azimah yang begitu periang.

2 hari yang lepas terpaksa pergi Klinik Ihsan di Wakaf Tengah yang agak-agak terletak lebih kurang 30km dari rumah (atau lebih, tak ukur pulak). Ah sangat seksa! Bayangkan perjalanan mengambil masa selama 45 min (bawak kereta 60km/j ye). Itu takdelah seksa sangat sebab memang suka bawak kereta. Tapi yang seksa, isi minyak RM50, cuma bertahan 2 hari saje! Perghhhh... Sakit iskk. Rabak poket beb!

Tapi nasib baik jalan takdelah sesak sangat. Bayangkan, bawak kereta se slow yang mungkin, pergi dan balik kerja melalak sorang2 dalam kereta. Hilang tekanan. Saya sukaaa.. Hahaha.

Kat klinik, Dr. Nor Azimah bagi a special room for me to clerk the patient. No supervision. It's just me and my patient. Heaven! :D Sehari clerk lebih kurang 15 patient. Penat tak terkata. Tapi suka sangat bila clerk patient ni. Banyak orang banyak ragam. Bila jumpa bermacam-macam orang, macam-macam cerita yang kita dengar. Kadang-kadang ada jugak terkeluar dari topik. Borak je lbih :P

Lepas je clerk patient, then kena present kat Dr. Nor Azimah depan patient. Then buat physical examination. Walaupun penat, tapi berbaloi..

Pergi klinik pukul 8am, sampai rumah pukul 6pm. Baru tahu tekanan orang bekerja macam mana. Hehehe..


Apa-apa pun, suka GP posting kali ni..

Friday, August 08, 2008

Rotation posting

Alhamdulillah akhirnya rotation posting dah sampai ke penghabisannya. Itupun cuma tinggal GP posting 5 hari. Semalam sudah call pejabat Dr. Zainurrin, dan malangnya Dr. Zainurrin outstation. Menurut kata kak Roslina, esok mungkin akan diconfirmkan. Kalau jadi, hari Ahad boleh dah start GP posting tu.

Ahad lepas ke Hospital Kuala Kubu Bharu di Kuala S'gor selama 4 hari. Nasib agak tidak menyebelahi. Dua kes Dengue dan satu kes Gestational Diabetes Mellitus. Tapi oklah jugak cuma agak terkilan laa sebab terlepas 2 deliveries. Huu takpe2. Mungkin lain kali akan ada rezeki lagi :)

Semalam untuk CSU session buat breast examination. Nasib baik sempat baca sebelum ke kelas. So takdelah blur sangat. Masa buat elective kat HSNZ hari itu pun, ada jugak laa sekali buat breast examination tapi bukan dengan cara yang betul sebab tak belajar lagi. Hehehe alasan. Sepatutnya setiap perempuan kena tahu cara yang betul nak buat breast examination.

Tadi ada BS session. Belajar pasal breaking bad news. Err communication skills. Huu seronok jugak belajar. Ini kena betul2 in real situation baru lah dapat belajar betul2. Kalau setakat simulated patient tu, err kurang berkesan laa..

Esok dah nak balik KT. Bas pukul 1200 malam pulak tu. Huu tersalah beli tiket sebenarnya. Kalau tak malam ni dah balik dah. Isk2..

Balik ni agak sibuk melaksanakan plan2 yang dah lama tergendala. Kalau nak tunggu habis Sem 5 ni macam lambat pulak. Mana tau kot2 dapat fly in February, haa lagiklaa tak dapat.

So, 10hb sampai 14hb untuk GP posting di KT. Then 15hb akan bertolak ke Kelantan untuk program sunathon di Bachok. Kemudian 17hb akan bertolak ke Pulau Perhentian untuk annual summit Persatuan Perubatan Islam Malaysia. 18hb balik ke KT.

21hb akan bertolak ke Tronoh. Dah lama janji dengan Lah sebenarnya nak ke UTP. Dia nak bawak jalan2.. Kesian dia. Semangat je dia nak org pergi sana. So mungkin akan lepak2 sana. Kebetulan 24hb tu ada convo. Boleh laa nak jumpa sahabat handai kat sana pun. Mungkin balik KT 25hb.

Lepas tu duk rumah je laa. Tanak dah jalan2 ni. 30hb insyaAllah balik KL balik. Tak sempat nak puasa kat rumah.

Sem 5 dah nak start dah. Agak cuak sebenarnya. Entah rasa macam tak ready lagi nak habiskan phase 1 ni. Rasa macam banyak benda lagi kena belajar before masuk clinical. But life must goes on. Mungkin rasa tak ready tu salah diri sendiri. Iyelah banyak main2.. Kan? :P

If we did something based on sincerity, tak mungkin ada rasa penat dan letih. Dan kalau apa2 yang kita plan didnt work, then Allah must have other plans for us because He knows what the best. Kan?

Buat masa sekarang, rasanya kena letak ketepi dulu mana2 perkara yang mungkin tak berapa penting. Ape laa perkara yang tak berapa penting tu? Huuu diri sendiri tanya, diri sendiri laa yang jawab. Cuma kadang2 rasa macam sayang untuk lepaskan something atau apa2 je laa.. Huu dah merepek dah.

Bak kata Nine, janganlah fokus sangat. Or narrow down your mind to something. Isk mungkin betul jugak. InsyaAllah takkan terlepas pandang nya nanti.

Apa-apa pun Allah knows the best :D

“And that it is He who makes [one] laugh and weep” [An Najm,53: 43].

Saturday, August 02, 2008

Teater



Siapa kata budak medic itu buta seni? Haha..
Malam tadi ada teater dan tajuknya 'Indera Putera'. Tema dia kasih sayang dan hasad dengki. Lebih kurang macam tu laa.

Selepas sebulan bertungkus lumus, akhirnya usaha berhasil juga dengan cemerlangnya. Ternyata walaupun ini kali pertama teater melayu diadakan di IMU ni, namun persembahan tetap mendapat sambutan hangat daripada para penonton.

Dengan kehadiran ibubapa, international students dan indian/chinese students menjadi sebagai salah satu faktor kejayaan pembawaan teater kali ni. Semangat ingin menunjukkan betapa tingginya budaya dan adat melayu berjaya merangsang para pelakon untuk melontarkan suara dan emosi 100% untuk teater kali ni.

Eh ayat lain macam laa..

Apa-apa pun, tahniah buat semua warga Kelab Kebudayaan Melayu IMU. Kamu memang hebat! :)

Saturday, July 19, 2008

Red Cliff sangat best~

Okay, saya tak pandai nak tulis review.

Tapi selepas sabar menunggu selama 2 bulan, akhirnya semalam cerita Red Cliff by John Woo akhirnya keluar juga. Wohooo~ Dan setelah puas memujuk Yan, akhirnya tadi kitaorg pergi tengok Red Cliff kat Times Square. Terima kasih Yan~!! :)

Kalau Warlords dah best gile, Red Cliff 10 kali ganda gile best~! Yang skit tabestnya, ini baru part 1. Part 2 mungkin keluar in November. Isk kena tunggu lagi.
Tapi sangat sangat puas hati.

Ok, Yan terima kasih juga sbb blanja OldTown White Coffee - Mocha tadi :D

Wednesday, July 16, 2008

Sepi best :P


Hari Ahad pergi tengok Sepi. Tengok dengan Nine *blushing*
Cerita Sepi best sebab tengok dengan Nine *blushing lagi*

Takmo laa tulis lagi. Muka saya dah merah.. Hahaha :P

Weekend yang memenatkan - sampai sakit pinggang! :P




Akhirnya setelah diplan selama sebulan, adik dari UTP datang jugak ke KL neh. Takde plan yg spesifik - di mindanya hanyalah shopping dan shopping, manakala di mindaku - yeay ada teman amek gambar! :)

Lah memang adik yang best! She loves what i love. She thinks like the way i think :) Memang best banget! Dia sampai KL petang Jumaat, malam tu terus ajak dia ke Bukit Bintang layan street shooting. Huu memang agak tak selesa nak ajak sape2, so ajak adik je laa.. Walaupun dia penat, layan jugak kakak dia neh.. Hehhe thanks Lah! ;)

Kitaorg naik LRT sampai Hang Tuah, then jalan sampai ke Bintang Walk. Jauh banget. Tu yang sampai sakit pinggang tuu.. Hehehe. Sampai je kat sana terus ada bunyi bising2.. Oh rupanya ada konsert Arab ape ntah. Ape lagik, best je layann..

Balik sampai rumah dalam pukul 10 lebih. Ambo_az msg dia lupa bawak battery charger. Dia datang hantarkan bateri then tolong chargekan untuk dia. Nak tunggu 3 bateri penuh, tido pukul 330am. Iskkk..

Then hari Sabtu dalam pukul 815am, Ambo_az datang amek. Lah temankan sekali. Yeay! Lagik best. Jumpe Red kat Bandar Kinrara then breakfast sama2.. Pastu Red bawakkan pergi Taman Botani Baru kot namanya.. Huu layan je macro.. Busan2 layan macro, amek gambar Lah. Suka je dia jadik model.. Hehehe..


Pape pun, sis if u read this i wanna say THANK YOU! Hehehhe.. Cukup laa kan blanje MP3 hari tu kan?? Hehehe.. Takpe nanti duit JPA masuk, kakti blanje lagik!!